Tuesday 30 October 2012

Holidays

Semua dah setel. Tinggal tunggu tarikh je. Insya Allah lah jadi. Rugi lah aku kalau tak jadi. Dah bayar kot. Tapi kalau Allah kata tak bagi, tak bagi juga. Eventhough mak dan ayah aku bagi sekali pun. Tak apa. Masa masih panjang. Semoga Dia sentiasa mempermudahkan cara. Insya Allah. Rasa bangga pula aku dah boleh booked tiket sendiri. Yeayy! Bangga lah untuk aku. Aku tau lah korang dah tau. Aku je yang noob baru nak belajar. Bangga gila weyy. Sila support aku! Haha ;P

Aku nak pergi mana? Rahsia lah duluuu. Kalau dulu aku pergi Sabah, kali ni aku pergi dekat dekat je sebab pergi berdua je. Ala ala honeymoney gitewww. Tak yah nak fikir bukan bukan sangat lah. Aku gi dengan bestfriend je. Perempuan okay? Haha. Kena start kumpul duit dah ni. Tak boleh boros boros. Shopping limited counting per month. Bukan tak boleh beli apa-apa. Boleh. Cuma kurangkan sahaja. Mati lah aku kalau tak shopping every month. -,-'

Tapi lambat lagi laa. Excited sekarang sebab aku baru booked tiket tadi. Haha. Bangga wohhhh. Awal Julai tahun 2013. Lama tak lama? Before puasa lah for sure. Mesti korang nak kata aku ni beriya gila kan sampai nak beli tiket 6 bulan lebih awal. Tak apa tak apa. Aku tak kaya jadi harus lah beli tiket awal untuk rebut harga tambang murah ni. Lebih murah dari naik bas wa cakap luuu. Untung tak untung?? haha.

Kalau boleh percutian kali ini aku nak support 100% duit aku. Tak mau guna duit parents. Tak mau. Tak mau. Macam dulu time pergi Sabah dengan classmate, hampir half jugak lah guna duit mak ayah sebab rushing plan. What do you aspect I can find almost thousand within 1 and a half month? Memang tak lah kan. Jadinya, 6 bulan ini sangat cukup rasanya nak full support diri untuk travel kali ini. Insya Allah. Doakan aku ye? Aminnnn ;)

First, must constantly saving every month. It must! Secondly, wait for the date? Hehs.

Monday 29 October 2012

Semuanya

#1 JPA
Alhamdulillah rezeki berpihak pada aku. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Insya Allah, dah dapat nanti kita kongsi sama-sama. Syukur sangat sangat. Yang tak dapat, jangan risau. Rezeki ada di mana mana. Mungkin bukan dari jpa, dari biasiswa lain mungkin? Siapa tahu? Teruskan berdoa dan berusaha ok? ;)

#2 Aidiladha
Alhamdulillah masih menyambut Hari Raya Aidiladha yang ke-1433 Hijrah. Syukur masih sihat menyambutnya seperti tahun tahun sebelumnya. Cuma tahun ini tidak dapat disambut bersama ayah tercinta. Tak apa tak apa. Anakanda sangat memahami tugas ayahanda. Haha ;)

#3 Cuti
Alhamdulillah mggu depan cuti seminggu lagi. Yeayy! Banyak yang perlu dibuat. Check list mesti jumpa girlfriendssss. Heheh. Simpan duit. Kumpul duit. Shopping. Perabis duit. Haha. Itu lah kerja aku. Eh, korang pun sama kan? Hihi ;)

#4 Cinta
Jodoh terletak di tangan Yang Di Atas. Yang dibawah tidak perlu curiga. Ada jodoh, adalah. Takda, mungkin Dia dah tentukan yang lebih baik untukmu wahai manusia. Sabarlah wahai hati. ;')

#5 Maaf
Maaf Sang sahabat. Memang TERsangatLah lupa. Hadiah? Tunggu jpa lah. Hehe. Semoga kau sentiasa bahagia bersama Si Dia. Maaf sebab lari. Jangan marah. Cuma nak buat surprise je bila kita jumpa nanti. Hihi. Maaf juga dah lama tak update blog. Banyak cerita. Tapi tak ada masa nak tulis. Jangan marah aaa ;)

Wednesday 17 October 2012

Terima Kasih.

Terima kasih untuk hari ini. Terima kasih. Terima kasih untuk semuanya. Rezeki datang bertubi-tubi. Alhamdulillah. Yang didoakan, yang dijangka, yang diharapkan semuanya jadi kenyataan. Alhamdulillahi Taala. Bukan mahu menyombong diri tapi lebih kepada berkongsi kegembiraan diri. ;) Terima kasih juga kerana nampak aku selama ini dan terima kasih juga hinaan yang diberikan.

Sedar akan kelemahan diri. Aku perlu berdiri sendiri. Akan tetapi, insan lemah ini masih memerlukan bantuan kamu untuk tegak berdiri. Mungkin hati ini seperti kaca murah di kedai RM2 yang senang pecah bila jatuh namun kaca ini masih punya harga diri. Maaf, hati ini sedikit terluka. Rasa hormat kini pudar. Maaf sekali lagi.

Kau ingin aku lupakan namun mengapa sukar hilang dari ingatan? Saat susah payah ingin melupakan, kau hadir bagai memberi sinar yang tak pasti. Mengapa? Bangga mempermainkan sekeping hati yang rapuh ini? Sudah dua hari. Dua hari. Apa yang sebenarnya ingin cuba disampaikan? Hint yang tak pasti ku temui. Aku tidak mahu. Tidak mahu mengganggu hubungan yang telah termeterai lama. Entah. Tidak pula ku pasti berapa lama. Tolong. Tolong biarkan aku sendiri.

Rasa bahagia hari ini bukan semuanya. Ada manis ada pahit. Pahit ku telan. Manis ku rasai nikmatnya. Alhamdulillah. Hati mampu menerima kedua-duanya. Bukan nak cakap apa, umur sudah matang, pemikiran pun perlu matang. Tapi mengapa kau masih perlu bertanya? Lantas memberikan jawapan yang meyakitkan? Apa maksud kau sebenarnya? Bangga menjadi pilihan kebanyakkan manusia. Betul. Tanpa kau aku tidak mampu melakukannya seorang diri. Tapi tak bermakna langsung lemah. Kau telah memberikan aku kekuatan untuk berdiri. Terima Kasih. Terima Kasih sekali lagi.


Risau

Assalamualaikum

Eh, sehari sampai dua kali post? Mood tengah rajin youuu. Hihi. Baru balik dari rumah wany. Borak borak pasal project final year. Sangat risau okay? Nak meraung rasa *over* :P Padahal baru masuk semester pertama tahun dua. Heheh. Bukan apa, sangat risau. Serius. 

Seperti semua sedia maklum, elektronik bukan bidang aku. Bukan. Bukan jua aku minta. Rezeki aku berada di sini. Aku redha. Sungguh redha. Berbanding dengan segelintir para sahabat yang tak dapat meneruskan pelajaran mereka. Akan tetapi aku terasa seperti give up. Betul. Secara luaran nampak smooth saja apa yang aku belajar ni. Tapi, siapa sangka kerisauan yang menakluk jauh di sanubari ni. Sungguh risau. Kurang sikit risau dari ambil ujian memandu bersama jpj :P.

Bahkan selama ini, kejayaan kejayaan yang diterima semuanya atas bantuan rakan-rakan. Mereka sangat membantu. Sangat. Nasib ada sahabat yang rajin membuat study group semasa study week. Jika tidak, bagaimana nasib aku? Itu hanya sekelumit kesusahan yang aku tempuh. Yang bakal menanti? Tiada siapa tahu. Sampai bila? Kerja kerja lab semuanya mereka buat. Part aku, buat report, bahagian department kira-kira. Secara praktikalnya aku sangat kalah dengan bidang ni. Sangat kalah. *sedih*

Ini baru sedikit. Belum Final Year Project lagi. Terasa macam nak give up sekarang. Tapi aku tahu, sudah terlambat untuk mengubah semuanya. Bukan salah diorang bukan salah letcurer. Jauh sekali untuk menyalahkan takdir. Cuma cara sahaja yang belum dijumpai. Benar. Cuma cara. Insya Allah, Allah maha Mendengar rintihan hamba-hambanya. ;'|

Secara kasar, aku boleh buat semuanya. Boleh. Tapi cuma permukaannya saja. Dasarnya tidak lah ku arif. Sampai bila hanya menghafal? Tidak tahu konsep. Hanya dapat tahu tajuk yang masuk exam. Baca dan hafal. Kemudian, untung nasib berjaya. Untung sabut, padan muka. Subhanallah.

Belajar kena berusaha. Aku tahu itu. Doakan aku. Terima kasih. :B

Tuesday 16 October 2012

Sudah Lama

Assalamualaikum.

Ya, sudah lama tak menulis. Sangat lama. Sampai perubahan perubahan dekat blog pun tak perasan. Terasa sangat loser. Oh loser T__T. Entah tak tahu kenapa idea menulis datang kembali. Untuk hanya satu post ini sahaja mungkin? Hewhew. Last post aku pasal aku nak join trip kelas aku pergi Sabah. Dan Alhamdulillah, berkat doa kamu kamu semua aku dapat join. Eh? Haha. Nak cerita pasal tu pun aku dah takda mood sebab dah berbulan bulan lamanya berlalu. Hahaha. Maaf ya ;) Apa apa pun, Sabah sangat best dan cantik. Pergi lah kalau ada kesempatan :)

Semester Tiga sangat mengugat jiwa aku. Tatkala aku ingin melupakannya, semakin dia hadir dibenak fikiranku. Oh, tak mengapa tak mengapa. Aku seorang yang kuat tabah dan gagah seperti selalu. Sentiasa dapat menghakis benteng benteng impian dan angan angan mat jenin. Heheh.

Jika Semester Satu, aku hanya mempunyai tulang kaki dua kerat untuk ke hulu ke hilir manakala Semester Dua menyaksikan aku sering menunggang ke hulu ke hilir makanya Semester Tiga ini aku memandu pula. Hehe. Juruterbang di Semester Empat mungkin? Haha. Bukan untuk selamanya. Sementara sahaja. Mana boleh tinggal boyfriend aku lama lama. Nanti rindu. Sekarang pun dah rindu. Selalu tumpang boyfriend orang lain. Haha. Oh lupa nak bagi tahu, boyfriend tu Motorsikal Kesayangan. ;)

Okay, cukup panjang dah aku rasa hanya untuk refreshment ni. Kasi asah balik sikit bakat menulis yang lama berjeruk tu. Heheh. Salam ;)