Wednesday, 7 November 2012

Ekspresi Kehidupan

Dalam hidup ini ada turun naiknya. Kadang di atas. Kadang di bawah. Kadang bergembira. Kadang berduka. Kadang ceria. Kadang bermuram durja. Ok, I know you all know this. Just sometimes we didn't satisfied with our life. Sometimes. Kalau selalu sangat, rugi betul hidup kau. Heheh. Same with me. Kadang kadang rasa tak best jadi diri sendiri. That's why lah munculnya perasaan jealous. Tapi don't worry. Jealous itu baik sebenarnya. Sometimes its build more changes to ourselves. Good changes I mean, hehs.

Rasa risau. Rasa takut. Rasa gementar. Rasa suka. Rasa benci. Itu semua asam garam gula dalam perasaan. Just different the way you handle it. Yeahh, the way you handle it. Tipu lah kalau ada orang yang sangat baik dalam dunia ini. Letgo everything termasuk perasaan marah pun takda. Itu fake sangat namanya. One confession aku nak buat. I'm easily get jealous. Yeahh. Jadi jangan buat apa-apa yang boleh buat aku jealous depan aku okay? Belakang aku, lantak kau lah. hihi

Esok lab test pertama Electronic II. Doakan aku ;)

Sunday, 4 November 2012

Selfish

Aku faham semua nak kejar markah baik, bagus, tertinggi, terbaik lah kononnya. Tapi selfish sifat yang sangat dikeji. Sangat keji okay? Aku sungguh terasa dengan engkau. Sungguh terasa. Mungkin ya aku tidak membawa apa-apa makna pada kau. Tapi akan aku buktikan pada engkau bahawasanya gadis yang tiada apa apa ini mampu mendapat markah yang baik. Mungkin tak setanding engkau tapi boleh dibanggakan. Insya Allah. Kalian, doakan aku ye?

Kadang kadang aku terasa dengan sikap kau yang suka membeza bezakan. Ya, aku sedar aku tak sehebat student student lain. Mereka lebih cemerlang dan konsisten. Aku? Berada ditakuk lama. Tak apa. Kejadian ini menyedarkan aku. Sangat menyedarkan aku. Aku perlu belajar lebih berdikari. Insya Allah. Alhamdulillah, percubaan pertama aku dulu tu berjaya. Sungguhnya aku bersyukur. Benarlah kata kata bahawa 'Allah menguji hambaNya kerna dia tahu akan kebolehan hambaNya' Insya Allah. Kali ini aku pasti boleh buat juga. Aminnn ;')

Risau benar aku dengan minggu ini. Ada test bertulis, lab test, kerja proposal dan kerja-kerja drawing. Sungguh mencabar betul minggu. Sungguh aku berharap agar minggu ini dapat berakhir dengan jayanya. Insya Allah. Amiinn. Risau juga dengan baby boy aku. Tak pe lah next week aku bawa boyfriend lah pulak. Patutlah semalam mimpikan boyfriend, rupanya nak berkhidmat dengan aku lah tu. Tahu lah rinduuu. Haha ;P Oh btw, baby boy tu kereta pinjaman sementara Ayahanda tercinta. Hihihi ;)

*Maaf tiada mukadimah di awal bicara*

Thursday, 1 November 2012

Memberontak

Rasa geram. Rasa nak marah. Rasa terasa. Rasa lucu pun ada juga. Salah sendiri. Tak apalah, dah faham sangat perangai mereka.Tapi sakit hati kecil tetap ada. Bergurau, bertegur, berpada padalah. Orang pun ada maruah juga. Tidak lupa hati dan perasaan. Tegur boleh. Tapi ada caranya. Mohon mengerti. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Jadi nak ikut mana? Perempuan selalu ikut hati. Haha

Kadang-kadang aku rasa mereka ini tidak adil.

"Ini tidak adil tidak adil tidak adil bagiku." -by yuna btke *haha*

Bukan apa. Kadang-kadang terasa juga. Orang lain buat tak kena. Aku buat selalu je kena. Awek kau pun sama. Tidak seperti yang kau suruh pun. Kenapa tak berani tegur dia? Atau dah tegur tapi tak dilayan? Sorry lah. Aku memang jenis tak makan saman sikit. Sarang tebuan jangan dijolok. Pernah aku ganggu kau? Sikit pun aku tak terasa nak tegur kau. Sikit pun. Remember my words, sikit pun. Jadi, sila jangan ganggu aku. Jaga awek kau je boleh?

Bukan berlagak sombong tapi buat biasa saja boleh? Tak perlu tegur aku do's and don'ts. Aku tak suka. Serius. Jangan menyampah bertukar menjadi benci. Faham? Kalau kau nak buat begitu, bukan aku orangnya. Ya, aku memang keras kepala sikit tapi bila aku jumpa seseorang yang benar-benar buat aku berubah ke arah yang lebih baik, Insya Allah. Tapi bukan dari kau. Cara kau sangat kasar. Kasar sangat. Aku tak mampu nak terima. Maaf. Cuba cara lebih halus sikit boleh? Atau tak payah buat apa-apa lah. Aman sikit dunia aku. Hehs.

Aku dah lali dah dengan perangai kau. Dulu awal-awal aku terasa. Sangat terasa. Sekarang, tak jadi kudis pun kat aku. Aku tengok contoh awek kau je. Nak ubah aku, ubah awek kau dulu. Eh silap, mungkin bakal isteri kau? Hikhik *gelak jahat*. Sorryy. Doakan aku dapat jodoh baik baik yea? haha

Terasa macam nak sangat tengok Skyfall. Nak ajak siapa? Herms ;)