Wednesday 17 October 2012

Risau

Assalamualaikum

Eh, sehari sampai dua kali post? Mood tengah rajin youuu. Hihi. Baru balik dari rumah wany. Borak borak pasal project final year. Sangat risau okay? Nak meraung rasa *over* :P Padahal baru masuk semester pertama tahun dua. Heheh. Bukan apa, sangat risau. Serius. 

Seperti semua sedia maklum, elektronik bukan bidang aku. Bukan. Bukan jua aku minta. Rezeki aku berada di sini. Aku redha. Sungguh redha. Berbanding dengan segelintir para sahabat yang tak dapat meneruskan pelajaran mereka. Akan tetapi aku terasa seperti give up. Betul. Secara luaran nampak smooth saja apa yang aku belajar ni. Tapi, siapa sangka kerisauan yang menakluk jauh di sanubari ni. Sungguh risau. Kurang sikit risau dari ambil ujian memandu bersama jpj :P.

Bahkan selama ini, kejayaan kejayaan yang diterima semuanya atas bantuan rakan-rakan. Mereka sangat membantu. Sangat. Nasib ada sahabat yang rajin membuat study group semasa study week. Jika tidak, bagaimana nasib aku? Itu hanya sekelumit kesusahan yang aku tempuh. Yang bakal menanti? Tiada siapa tahu. Sampai bila? Kerja kerja lab semuanya mereka buat. Part aku, buat report, bahagian department kira-kira. Secara praktikalnya aku sangat kalah dengan bidang ni. Sangat kalah. *sedih*

Ini baru sedikit. Belum Final Year Project lagi. Terasa macam nak give up sekarang. Tapi aku tahu, sudah terlambat untuk mengubah semuanya. Bukan salah diorang bukan salah letcurer. Jauh sekali untuk menyalahkan takdir. Cuma cara sahaja yang belum dijumpai. Benar. Cuma cara. Insya Allah, Allah maha Mendengar rintihan hamba-hambanya. ;'|

Secara kasar, aku boleh buat semuanya. Boleh. Tapi cuma permukaannya saja. Dasarnya tidak lah ku arif. Sampai bila hanya menghafal? Tidak tahu konsep. Hanya dapat tahu tajuk yang masuk exam. Baca dan hafal. Kemudian, untung nasib berjaya. Untung sabut, padan muka. Subhanallah.

Belajar kena berusaha. Aku tahu itu. Doakan aku. Terima kasih. :B