Wednesday 17 October 2012

Terima Kasih.

Terima kasih untuk hari ini. Terima kasih. Terima kasih untuk semuanya. Rezeki datang bertubi-tubi. Alhamdulillah. Yang didoakan, yang dijangka, yang diharapkan semuanya jadi kenyataan. Alhamdulillahi Taala. Bukan mahu menyombong diri tapi lebih kepada berkongsi kegembiraan diri. ;) Terima kasih juga kerana nampak aku selama ini dan terima kasih juga hinaan yang diberikan.

Sedar akan kelemahan diri. Aku perlu berdiri sendiri. Akan tetapi, insan lemah ini masih memerlukan bantuan kamu untuk tegak berdiri. Mungkin hati ini seperti kaca murah di kedai RM2 yang senang pecah bila jatuh namun kaca ini masih punya harga diri. Maaf, hati ini sedikit terluka. Rasa hormat kini pudar. Maaf sekali lagi.

Kau ingin aku lupakan namun mengapa sukar hilang dari ingatan? Saat susah payah ingin melupakan, kau hadir bagai memberi sinar yang tak pasti. Mengapa? Bangga mempermainkan sekeping hati yang rapuh ini? Sudah dua hari. Dua hari. Apa yang sebenarnya ingin cuba disampaikan? Hint yang tak pasti ku temui. Aku tidak mahu. Tidak mahu mengganggu hubungan yang telah termeterai lama. Entah. Tidak pula ku pasti berapa lama. Tolong. Tolong biarkan aku sendiri.

Rasa bahagia hari ini bukan semuanya. Ada manis ada pahit. Pahit ku telan. Manis ku rasai nikmatnya. Alhamdulillah. Hati mampu menerima kedua-duanya. Bukan nak cakap apa, umur sudah matang, pemikiran pun perlu matang. Tapi mengapa kau masih perlu bertanya? Lantas memberikan jawapan yang meyakitkan? Apa maksud kau sebenarnya? Bangga menjadi pilihan kebanyakkan manusia. Betul. Tanpa kau aku tidak mampu melakukannya seorang diri. Tapi tak bermakna langsung lemah. Kau telah memberikan aku kekuatan untuk berdiri. Terima Kasih. Terima Kasih sekali lagi.