Tuesday 16 October 2012

Sudah Lama

Assalamualaikum.

Ya, sudah lama tak menulis. Sangat lama. Sampai perubahan perubahan dekat blog pun tak perasan. Terasa sangat loser. Oh loser T__T. Entah tak tahu kenapa idea menulis datang kembali. Untuk hanya satu post ini sahaja mungkin? Hewhew. Last post aku pasal aku nak join trip kelas aku pergi Sabah. Dan Alhamdulillah, berkat doa kamu kamu semua aku dapat join. Eh? Haha. Nak cerita pasal tu pun aku dah takda mood sebab dah berbulan bulan lamanya berlalu. Hahaha. Maaf ya ;) Apa apa pun, Sabah sangat best dan cantik. Pergi lah kalau ada kesempatan :)

Semester Tiga sangat mengugat jiwa aku. Tatkala aku ingin melupakannya, semakin dia hadir dibenak fikiranku. Oh, tak mengapa tak mengapa. Aku seorang yang kuat tabah dan gagah seperti selalu. Sentiasa dapat menghakis benteng benteng impian dan angan angan mat jenin. Heheh.

Jika Semester Satu, aku hanya mempunyai tulang kaki dua kerat untuk ke hulu ke hilir manakala Semester Dua menyaksikan aku sering menunggang ke hulu ke hilir makanya Semester Tiga ini aku memandu pula. Hehe. Juruterbang di Semester Empat mungkin? Haha. Bukan untuk selamanya. Sementara sahaja. Mana boleh tinggal boyfriend aku lama lama. Nanti rindu. Sekarang pun dah rindu. Selalu tumpang boyfriend orang lain. Haha. Oh lupa nak bagi tahu, boyfriend tu Motorsikal Kesayangan. ;)

Okay, cukup panjang dah aku rasa hanya untuk refreshment ni. Kasi asah balik sikit bakat menulis yang lama berjeruk tu. Heheh. Salam ;)