Wednesday 28 November 2012

Impian dan Harapan

Harapan aku agar esok boleh jawab test digital electronic dengan jayanya setelah aku rasakan semua subjek sem ini aku tak dapat perform dengan baik. Ermm. Terasa sangat loser betul lah sem ni. Walaupun belum final lagi tapi aku dah rasa sangat tak confident betul sem ini. Ya Allah. :(

Harapan aku agar aku boleh balik hujung minggu ni. Dah lama betul rasanya tak dapat jumpa family. Rindu sangat kat diorang. Weekend di hostel sangat tak best. Like seriously. Huhh!

Harapan aku agar aku ade seorang best friend dekat melaka ni. Seorang pun jadi lah. Pleaseeee! Aku ramai kawan di sini tapi tidak sahabat. Sahabat aku nun jauh disanaa. Aku sungguh rindu kau Azni dan Anis. Rindu sesangat. Aku impikan seorang sahabat yang sentiasa bersama aku di sini. Susah senang bersama. Jatuh bangun bersama. Hangout, lepak, dating bersama. Hurmm.

Harapan aku agar ada seorang Adam yang mampu membimbing aku ke syurga dengan baik. Aminn. Kalau boleh, the first one is the last one. Got it? Impian aku kalau boleh taknak sekelas, setempat belajar. Biarlah rarely jumpa. Tak pa. Stay jauh pun tak apa. Tak banyak dosa pun kan? Tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana. Bersyukur je okay? Hurms. Tambah lagi satu request boleh? Nak orang utara boleh? Wakaka.

Harapan aku agar aku dapat travel ke luar negara dengan kawan kawan menggunakan duit sendiri. Aminn. Syok betul tengok orang pegi travel sana sini ni kan. Paling dekat, USS pun jadi lah. Ermm. Doakan aku ye? hehe.

Harapan aku agar Malaysia menang malam ni menentang Laos. Boleh? Inn Shaa Allah. Doakan yang terbaiklah yek? Aku maybe tak dapat tengok sebab busy nak all out malam ni study untuk test esok. Semoga senang dapat masuk lah ilmu ilmu tu ke dalam otak aku ni yang selalu je hang. Aduhh.

Harapan aku agar tak jatuh cinta dengan kau. Pleasee!

Saturday 17 November 2012

Demam dan Kerja

Dengan hanya ber'toner'kan bio essence di wajah berserta secalit lip ice methaleyteum dibibir, dengan pantasnya aku mencapai kunci kereta dan meluncur laju kedai Mak Cik Jue di Bt .6 untuk membeli hidangan tengah hari pada pukul 10 pagi. Heheh. Makan tengah hari dijamakkan sekali dengan sarapan pagi. Sungguh lapar wehh. Mukadimah terhenti disini. Ngeh ngeh ngeh.

Dah dua hari aku tak sedap badan. Demam lah kot. Mungkin cuaca yang tak menentu penyebabnya. Sering terdedah kepada hujan. Bukan aku yang main hujan tapi kadang kadang tu terpaksa meredah hujan hujan ini semua. Hems. Rasa macam nak bawa boyfriend balik tapi kalau kesihatan tak mengizinkan, terpaksa bawa baby boy pulak yang balik. Gedik much? Hahah!

Hari ini second last cuti mid sem aku. Baru nak start buat kerja, study..semua nak setelkan hari ini. Memang tak laratlah aku. Nasib lah, mane yang sempat je aku buat tapi I know study sangat penting sebab test aku malam isnin. Nak tak nak kena dulukan study eventho autocad dan programming nak hari selasa. Ermm.

Teringin nak makan bubur McD tapi sana sini cakap pasal #PrayForGaza buatkan niat aku terhenti. Sebab badan rasa lemahkan. Yeahh I know we shouldn't support them tapi apakan daya fast food dan diri ini sudah hampir sebati. Insya Allah, selagi aku boleh tahan, aku bertahan. ;')

Esok sudah kembali semula ke dunia realiti. Sayangnya nak tinggalkan cuti. Rasa macam sekejap sangat cuti ni. Hermms..


Wednesday 14 November 2012

Istanbul Aku Datang

Best! Rating 4/5. Kenapa tak full? Semua filem mestilah ada cacat celanya. C'mon. Pujian dan kritikan perlu untuk penambahan baikan filem yang akan datang. Sempat lah jugak catch this movie sebab memang nak sangat tengok plus dah janji dengan azni. Tajuknya sangat cathy dan jalan cerita yang ringan. Tak terlalu padat dengan aksi sedih mahupun gembira. Okay okay lah. Sedang sedang orang kata.

Nak sangat tengok sebab trailer dia Lisa Surihani sangat comellness okayy. Cuma pakaian dia agak pelik sikit. Mungkin sebab nak 'match' dengan character dia kot. Beto pun okay. Tomok pun okay. Bestnya Istanbul! Nampak sangat cantik tempat dia. Dalam cerita macam sejuk ja. Doakan aku dapat pergi sana suatu hari nanti? Honeymoon mungkin? Aminnn Haha.

Oh ya. Berita gembira ada. Sedih pun ada. Azni dapat 4 flat untuk sem 5 dia. Tahniahhh! Sebagai kawan, aku sangat happy untuk dia. ;) Berita tak best, dia mungkin akan sambung degree dekat oversea bulan Jun nanti. Planning vacation kiteorang bulan Julai. Ermm, mungkin takda rezeki nak pergi vacation tu. Hurmm

Ahad lepas pergi wedding kakak man. Dah macam reunion kawan kawan lama. Lamanya tak jumpa diorang. Setahun lebih ada rasanya. Comel comel dan kacak kacak masing-masing. Sangat awkward man perkenalkan girlfie dia. Haha. Mungkin sebab kami semua jarang kenal mengenalkan. Rumah dia sangat jauh. Coverage pun takda. Nak contact mak pun susah. Biasalah anak emak. Kihkih.

Nasib baik Faiz sudah kacak membawa kereta. Kalau tak, aku paksa dia tukar driver. hahah!

Cuti

Cuti cuma seminggu. Cuma. Eyy, kenapa sekejap sangat? Pejam celik pejam celik sudah habis cutinya. Assignment pun tak sempat siap. Mohon tambah lagi cuti agar assignment sempat siap, boleh? Hihi. Student oh student. Bila ada cuti 3 bulan terasa bosan. Rasa macam nam sambung study cepat. Bila diberi peluang study, asyik nak cuti saja. Begitulah lumrahnya. Mana boleh salahkan sapa sapa. Dah memang begitu jadinya. Tepuk dada tanya jiwa. Hehe

Kalau di tanya sama hati, merintih memohon keriangan. Namun apakan daya, takdir tidak membenarkan. Sabarlah wahai hati. Suatu masa nanti, kebahagian, keriangan, keseronokan pasti milik kau. Mohon lebih bersabar. Dan engkau, berhenti memberi harapan. Tidak hati meminta. Tidak pula menolak. Mohon pada kau, jaga hati elok-elok sebelum aku bakar hati kau. Jangan ingat mudah sangat mempermainkan hati suci kepunyaan tuan blog ini.

Sesungguhnya hati ini mudah cair biarpun sudah dibekukan bertahun tahun di peti ais tingkat paling atas. Mengapalah mudah sangat cair ini? Mungkin kandungannya kurang mampat. Oh mungkin perlu dicampur batu agar sentiasa keras selamanya. Eh, tak boleh pula begitu. Okay, merepek sudah jauh. hehe

Homeworks banyak. Tapi tidaklah melampau. Mungkin kerna tidak tahu buat berseorangan kelihatan seperti melampau banyaknya. Paling utama, semua perlu dihantar pada 20hb Nov. Masalahnya 19hb Nov ada test malam tu. Risau ini, risau. Haishh. Boleh list homework kat sini? Agar boleh jadi rujukan bila lupa. Hihi

                                  #1 Programming coding table - 20hb
                                  #2 Programming grouping research - week 15
                                  #3 Project Proposal - 20hb
                                  #4 English chapter 4&5 - one week after cuti
                                  #5 Study for electronic test - malam 19hb

Nampak macam tak banyak tapi satu homeworks agak sukar nak buatnya. Oh ya. Do for me? Can ah? hehe. Rasanya macam yang nombor 4 dan 5 je yang aku akan buat cuti ni. Wakaka.

Duit sudah kopak gara-gara convo's present kakak. Harap harap suka lah hendaknya. Pilihan sendiri kan? Pecah kaca pecah gelas. Convo aku nanti jangan lupa balas. hahahah!

p/s: Seronoknya tengok Hairul pergi Jepun. Poskad aku jangan lupa janggg! hehe

Wednesday 7 November 2012

Ekspresi Kehidupan

Dalam hidup ini ada turun naiknya. Kadang di atas. Kadang di bawah. Kadang bergembira. Kadang berduka. Kadang ceria. Kadang bermuram durja. Ok, I know you all know this. Just sometimes we didn't satisfied with our life. Sometimes. Kalau selalu sangat, rugi betul hidup kau. Heheh. Same with me. Kadang kadang rasa tak best jadi diri sendiri. That's why lah munculnya perasaan jealous. Tapi don't worry. Jealous itu baik sebenarnya. Sometimes its build more changes to ourselves. Good changes I mean, hehs.

Rasa risau. Rasa takut. Rasa gementar. Rasa suka. Rasa benci. Itu semua asam garam gula dalam perasaan. Just different the way you handle it. Yeahh, the way you handle it. Tipu lah kalau ada orang yang sangat baik dalam dunia ini. Letgo everything termasuk perasaan marah pun takda. Itu fake sangat namanya. One confession aku nak buat. I'm easily get jealous. Yeahh. Jadi jangan buat apa-apa yang boleh buat aku jealous depan aku okay? Belakang aku, lantak kau lah. hihi

Esok lab test pertama Electronic II. Doakan aku ;)

Sunday 4 November 2012

Selfish

Aku faham semua nak kejar markah baik, bagus, tertinggi, terbaik lah kononnya. Tapi selfish sifat yang sangat dikeji. Sangat keji okay? Aku sungguh terasa dengan engkau. Sungguh terasa. Mungkin ya aku tidak membawa apa-apa makna pada kau. Tapi akan aku buktikan pada engkau bahawasanya gadis yang tiada apa apa ini mampu mendapat markah yang baik. Mungkin tak setanding engkau tapi boleh dibanggakan. Insya Allah. Kalian, doakan aku ye?

Kadang kadang aku terasa dengan sikap kau yang suka membeza bezakan. Ya, aku sedar aku tak sehebat student student lain. Mereka lebih cemerlang dan konsisten. Aku? Berada ditakuk lama. Tak apa. Kejadian ini menyedarkan aku. Sangat menyedarkan aku. Aku perlu belajar lebih berdikari. Insya Allah. Alhamdulillah, percubaan pertama aku dulu tu berjaya. Sungguhnya aku bersyukur. Benarlah kata kata bahawa 'Allah menguji hambaNya kerna dia tahu akan kebolehan hambaNya' Insya Allah. Kali ini aku pasti boleh buat juga. Aminnn ;')

Risau benar aku dengan minggu ini. Ada test bertulis, lab test, kerja proposal dan kerja-kerja drawing. Sungguh mencabar betul minggu. Sungguh aku berharap agar minggu ini dapat berakhir dengan jayanya. Insya Allah. Amiinn. Risau juga dengan baby boy aku. Tak pe lah next week aku bawa boyfriend lah pulak. Patutlah semalam mimpikan boyfriend, rupanya nak berkhidmat dengan aku lah tu. Tahu lah rinduuu. Haha ;P Oh btw, baby boy tu kereta pinjaman sementara Ayahanda tercinta. Hihihi ;)

*Maaf tiada mukadimah di awal bicara*

Thursday 1 November 2012

Memberontak

Rasa geram. Rasa nak marah. Rasa terasa. Rasa lucu pun ada juga. Salah sendiri. Tak apalah, dah faham sangat perangai mereka.Tapi sakit hati kecil tetap ada. Bergurau, bertegur, berpada padalah. Orang pun ada maruah juga. Tidak lupa hati dan perasaan. Tegur boleh. Tapi ada caranya. Mohon mengerti. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Jadi nak ikut mana? Perempuan selalu ikut hati. Haha

Kadang-kadang aku rasa mereka ini tidak adil.

"Ini tidak adil tidak adil tidak adil bagiku." -by yuna btke *haha*

Bukan apa. Kadang-kadang terasa juga. Orang lain buat tak kena. Aku buat selalu je kena. Awek kau pun sama. Tidak seperti yang kau suruh pun. Kenapa tak berani tegur dia? Atau dah tegur tapi tak dilayan? Sorry lah. Aku memang jenis tak makan saman sikit. Sarang tebuan jangan dijolok. Pernah aku ganggu kau? Sikit pun aku tak terasa nak tegur kau. Sikit pun. Remember my words, sikit pun. Jadi, sila jangan ganggu aku. Jaga awek kau je boleh?

Bukan berlagak sombong tapi buat biasa saja boleh? Tak perlu tegur aku do's and don'ts. Aku tak suka. Serius. Jangan menyampah bertukar menjadi benci. Faham? Kalau kau nak buat begitu, bukan aku orangnya. Ya, aku memang keras kepala sikit tapi bila aku jumpa seseorang yang benar-benar buat aku berubah ke arah yang lebih baik, Insya Allah. Tapi bukan dari kau. Cara kau sangat kasar. Kasar sangat. Aku tak mampu nak terima. Maaf. Cuba cara lebih halus sikit boleh? Atau tak payah buat apa-apa lah. Aman sikit dunia aku. Hehs.

Aku dah lali dah dengan perangai kau. Dulu awal-awal aku terasa. Sangat terasa. Sekarang, tak jadi kudis pun kat aku. Aku tengok contoh awek kau je. Nak ubah aku, ubah awek kau dulu. Eh silap, mungkin bakal isteri kau? Hikhik *gelak jahat*. Sorryy. Doakan aku dapat jodoh baik baik yea? haha

Terasa macam nak sangat tengok Skyfall. Nak ajak siapa? Herms ;)

Tuesday 30 October 2012

Holidays

Semua dah setel. Tinggal tunggu tarikh je. Insya Allah lah jadi. Rugi lah aku kalau tak jadi. Dah bayar kot. Tapi kalau Allah kata tak bagi, tak bagi juga. Eventhough mak dan ayah aku bagi sekali pun. Tak apa. Masa masih panjang. Semoga Dia sentiasa mempermudahkan cara. Insya Allah. Rasa bangga pula aku dah boleh booked tiket sendiri. Yeayy! Bangga lah untuk aku. Aku tau lah korang dah tau. Aku je yang noob baru nak belajar. Bangga gila weyy. Sila support aku! Haha ;P

Aku nak pergi mana? Rahsia lah duluuu. Kalau dulu aku pergi Sabah, kali ni aku pergi dekat dekat je sebab pergi berdua je. Ala ala honeymoney gitewww. Tak yah nak fikir bukan bukan sangat lah. Aku gi dengan bestfriend je. Perempuan okay? Haha. Kena start kumpul duit dah ni. Tak boleh boros boros. Shopping limited counting per month. Bukan tak boleh beli apa-apa. Boleh. Cuma kurangkan sahaja. Mati lah aku kalau tak shopping every month. -,-'

Tapi lambat lagi laa. Excited sekarang sebab aku baru booked tiket tadi. Haha. Bangga wohhhh. Awal Julai tahun 2013. Lama tak lama? Before puasa lah for sure. Mesti korang nak kata aku ni beriya gila kan sampai nak beli tiket 6 bulan lebih awal. Tak apa tak apa. Aku tak kaya jadi harus lah beli tiket awal untuk rebut harga tambang murah ni. Lebih murah dari naik bas wa cakap luuu. Untung tak untung?? haha.

Kalau boleh percutian kali ini aku nak support 100% duit aku. Tak mau guna duit parents. Tak mau. Tak mau. Macam dulu time pergi Sabah dengan classmate, hampir half jugak lah guna duit mak ayah sebab rushing plan. What do you aspect I can find almost thousand within 1 and a half month? Memang tak lah kan. Jadinya, 6 bulan ini sangat cukup rasanya nak full support diri untuk travel kali ini. Insya Allah. Doakan aku ye? Aminnnn ;)

First, must constantly saving every month. It must! Secondly, wait for the date? Hehs.

Monday 29 October 2012

Semuanya

#1 JPA
Alhamdulillah rezeki berpihak pada aku. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Insya Allah, dah dapat nanti kita kongsi sama-sama. Syukur sangat sangat. Yang tak dapat, jangan risau. Rezeki ada di mana mana. Mungkin bukan dari jpa, dari biasiswa lain mungkin? Siapa tahu? Teruskan berdoa dan berusaha ok? ;)

#2 Aidiladha
Alhamdulillah masih menyambut Hari Raya Aidiladha yang ke-1433 Hijrah. Syukur masih sihat menyambutnya seperti tahun tahun sebelumnya. Cuma tahun ini tidak dapat disambut bersama ayah tercinta. Tak apa tak apa. Anakanda sangat memahami tugas ayahanda. Haha ;)

#3 Cuti
Alhamdulillah mggu depan cuti seminggu lagi. Yeayy! Banyak yang perlu dibuat. Check list mesti jumpa girlfriendssss. Heheh. Simpan duit. Kumpul duit. Shopping. Perabis duit. Haha. Itu lah kerja aku. Eh, korang pun sama kan? Hihi ;)

#4 Cinta
Jodoh terletak di tangan Yang Di Atas. Yang dibawah tidak perlu curiga. Ada jodoh, adalah. Takda, mungkin Dia dah tentukan yang lebih baik untukmu wahai manusia. Sabarlah wahai hati. ;')

#5 Maaf
Maaf Sang sahabat. Memang TERsangatLah lupa. Hadiah? Tunggu jpa lah. Hehe. Semoga kau sentiasa bahagia bersama Si Dia. Maaf sebab lari. Jangan marah. Cuma nak buat surprise je bila kita jumpa nanti. Hihi. Maaf juga dah lama tak update blog. Banyak cerita. Tapi tak ada masa nak tulis. Jangan marah aaa ;)

Wednesday 17 October 2012

Terima Kasih.

Terima kasih untuk hari ini. Terima kasih. Terima kasih untuk semuanya. Rezeki datang bertubi-tubi. Alhamdulillah. Yang didoakan, yang dijangka, yang diharapkan semuanya jadi kenyataan. Alhamdulillahi Taala. Bukan mahu menyombong diri tapi lebih kepada berkongsi kegembiraan diri. ;) Terima kasih juga kerana nampak aku selama ini dan terima kasih juga hinaan yang diberikan.

Sedar akan kelemahan diri. Aku perlu berdiri sendiri. Akan tetapi, insan lemah ini masih memerlukan bantuan kamu untuk tegak berdiri. Mungkin hati ini seperti kaca murah di kedai RM2 yang senang pecah bila jatuh namun kaca ini masih punya harga diri. Maaf, hati ini sedikit terluka. Rasa hormat kini pudar. Maaf sekali lagi.

Kau ingin aku lupakan namun mengapa sukar hilang dari ingatan? Saat susah payah ingin melupakan, kau hadir bagai memberi sinar yang tak pasti. Mengapa? Bangga mempermainkan sekeping hati yang rapuh ini? Sudah dua hari. Dua hari. Apa yang sebenarnya ingin cuba disampaikan? Hint yang tak pasti ku temui. Aku tidak mahu. Tidak mahu mengganggu hubungan yang telah termeterai lama. Entah. Tidak pula ku pasti berapa lama. Tolong. Tolong biarkan aku sendiri.

Rasa bahagia hari ini bukan semuanya. Ada manis ada pahit. Pahit ku telan. Manis ku rasai nikmatnya. Alhamdulillah. Hati mampu menerima kedua-duanya. Bukan nak cakap apa, umur sudah matang, pemikiran pun perlu matang. Tapi mengapa kau masih perlu bertanya? Lantas memberikan jawapan yang meyakitkan? Apa maksud kau sebenarnya? Bangga menjadi pilihan kebanyakkan manusia. Betul. Tanpa kau aku tidak mampu melakukannya seorang diri. Tapi tak bermakna langsung lemah. Kau telah memberikan aku kekuatan untuk berdiri. Terima Kasih. Terima Kasih sekali lagi.


Risau

Assalamualaikum

Eh, sehari sampai dua kali post? Mood tengah rajin youuu. Hihi. Baru balik dari rumah wany. Borak borak pasal project final year. Sangat risau okay? Nak meraung rasa *over* :P Padahal baru masuk semester pertama tahun dua. Heheh. Bukan apa, sangat risau. Serius. 

Seperti semua sedia maklum, elektronik bukan bidang aku. Bukan. Bukan jua aku minta. Rezeki aku berada di sini. Aku redha. Sungguh redha. Berbanding dengan segelintir para sahabat yang tak dapat meneruskan pelajaran mereka. Akan tetapi aku terasa seperti give up. Betul. Secara luaran nampak smooth saja apa yang aku belajar ni. Tapi, siapa sangka kerisauan yang menakluk jauh di sanubari ni. Sungguh risau. Kurang sikit risau dari ambil ujian memandu bersama jpj :P.

Bahkan selama ini, kejayaan kejayaan yang diterima semuanya atas bantuan rakan-rakan. Mereka sangat membantu. Sangat. Nasib ada sahabat yang rajin membuat study group semasa study week. Jika tidak, bagaimana nasib aku? Itu hanya sekelumit kesusahan yang aku tempuh. Yang bakal menanti? Tiada siapa tahu. Sampai bila? Kerja kerja lab semuanya mereka buat. Part aku, buat report, bahagian department kira-kira. Secara praktikalnya aku sangat kalah dengan bidang ni. Sangat kalah. *sedih*

Ini baru sedikit. Belum Final Year Project lagi. Terasa macam nak give up sekarang. Tapi aku tahu, sudah terlambat untuk mengubah semuanya. Bukan salah diorang bukan salah letcurer. Jauh sekali untuk menyalahkan takdir. Cuma cara sahaja yang belum dijumpai. Benar. Cuma cara. Insya Allah, Allah maha Mendengar rintihan hamba-hambanya. ;'|

Secara kasar, aku boleh buat semuanya. Boleh. Tapi cuma permukaannya saja. Dasarnya tidak lah ku arif. Sampai bila hanya menghafal? Tidak tahu konsep. Hanya dapat tahu tajuk yang masuk exam. Baca dan hafal. Kemudian, untung nasib berjaya. Untung sabut, padan muka. Subhanallah.

Belajar kena berusaha. Aku tahu itu. Doakan aku. Terima kasih. :B

Tuesday 16 October 2012

Sudah Lama

Assalamualaikum.

Ya, sudah lama tak menulis. Sangat lama. Sampai perubahan perubahan dekat blog pun tak perasan. Terasa sangat loser. Oh loser T__T. Entah tak tahu kenapa idea menulis datang kembali. Untuk hanya satu post ini sahaja mungkin? Hewhew. Last post aku pasal aku nak join trip kelas aku pergi Sabah. Dan Alhamdulillah, berkat doa kamu kamu semua aku dapat join. Eh? Haha. Nak cerita pasal tu pun aku dah takda mood sebab dah berbulan bulan lamanya berlalu. Hahaha. Maaf ya ;) Apa apa pun, Sabah sangat best dan cantik. Pergi lah kalau ada kesempatan :)

Semester Tiga sangat mengugat jiwa aku. Tatkala aku ingin melupakannya, semakin dia hadir dibenak fikiranku. Oh, tak mengapa tak mengapa. Aku seorang yang kuat tabah dan gagah seperti selalu. Sentiasa dapat menghakis benteng benteng impian dan angan angan mat jenin. Heheh.

Jika Semester Satu, aku hanya mempunyai tulang kaki dua kerat untuk ke hulu ke hilir manakala Semester Dua menyaksikan aku sering menunggang ke hulu ke hilir makanya Semester Tiga ini aku memandu pula. Hehe. Juruterbang di Semester Empat mungkin? Haha. Bukan untuk selamanya. Sementara sahaja. Mana boleh tinggal boyfriend aku lama lama. Nanti rindu. Sekarang pun dah rindu. Selalu tumpang boyfriend orang lain. Haha. Oh lupa nak bagi tahu, boyfriend tu Motorsikal Kesayangan. ;)

Okay, cukup panjang dah aku rasa hanya untuk refreshment ni. Kasi asah balik sikit bakat menulis yang lama berjeruk tu. Heheh. Salam ;)

Monday 9 April 2012

Just Sharing

I'm Homiee ! Yeahh ! One week holidays =) Cuti seminggu macam macam aku nak buat. Yay ! Tapi tapi tapi kerja banyak gila. But but but still now dah nak masuk Selasa, aku masih lagi belum sentuh apa apa berkenaan homework aku. Haha. Lek lek luuu. Cuti panjang lagi. Hari Sabtu nanti pun ada masa lagi. Haha. =P

Aku tak tau nak cerita apa ni. Rabu nanti aku ada date dengan Azni. Whoahh. Lama gila tak jumpa dia. Last jumpa December lepas. Lama kan? Hiew hiew. Well well, dia jauh disana, aku dekat disini. Jadi kalau nak jumpa tu kenalah plan betul betul. Hihi. Aku ada jumpa ayat ni. Cool gila weh.

Take One Step Towards Me
I Will Take Ten Steps Toward You
Walk Toward Me
And I Will Run Toward You

Tahukah kau bahawa aku sangatlah pemalu? Hiews

So H? Ahaks Aku rasa aku dah angau lah. Gila betul la kau ni ! Siapa suruh aku suka kat kau gilaaaaa? Tak nak tak nak. Eh? Nak nak. Haha. =P Entah bila aku start suka kau pun aku tak sedar. Serius. Kenapa aku tulis macam ni kat blog aku ni???? Please lahhh ! Grrr !

p/s: N dah tau rahsia aku. Habis lah. Gantung diri cepat cepat. Haha.

Sunday 1 April 2012

Terukir Di Bintang

Tajuk takda kena mengena dengan post pun sebenarnya. Saja suka suka. Boleh ke macam tu? Bagi aku, semua pun boleyyy. Haha. Those stress week was over. OVER okeh? Jadi weekend ni aku boleh lepak lepak dengan senang hati nyanyi nyanyi macam tak da arah tujuan. Eh? =,='

Now dah nak masuk bulan April. Sekejap gila kot. Kiranya aku dah 20 tahun 3 bulan 10 hari? Awww ! Masih muda. Masih muda. Kulit masih tegang lagi. Pheww. Today 31 March. Jadi ramai orang sambut Earth Hour. Aku rindu gila nak sambut Earth Hour dekat Seseri. Macam tiga tahun lepas. Sumpah. Rindu gilaaa. Menghadap KLCC. Tunggu dia light off. Padahal hari hari boleh tengok sebenarnya. Tapi over lebih sebab Earth Hour. Nak kata hot lah boleh sambut dekat Kuala Lumpur. Haha. Melaka, why you so boringgg? Malam minggu ni aku sambut Earth Hour dekat McD tapi tak offlight pun. Haha.

Kebanyakkan kawan aku sambut dengan patner masing masing. As for me yang NotSoForeverAlone ni, sambut dengan NotSoForeverAlone Housemates. Best best. Pergi Karaoke. Walaupun I'm not so in to karaoke. Tapi to see them happy is good enough for me. The best part is diorang tak bosan keluar dengan aku. Eventhough aku yang rasa bosan tengok diorang karaoke. Haha. Nevermind. Sometimes, in order to see others happy, we need some sacrifice. And I'm willing for. Hari ni hari mereka, nanti hari aku? Insya Allah. Someone will be with me. Tak semua, seorang pun cukup. We need each other in order to survive. :D

Truely, I'm soo happy with my current life. Seriously. Kalau sunyi sunyi sikit tu biasa lah. Tapi tak lama mana pun. Biasanya ada waktu memang lah dipenuhi dengan waktu topup tidur. Jadi bangun semula dah tak sunyi sebab ada je benda nak buat. Sekarang ni susah betul nak cari waktu untuk aku tidur. Ade je keje nak kena buat. Kalau tak pun kena study for test and quizzes sampai lewat pagi and the next early in the morning prepare for daily classes. Exhausted. Syukur Alhamdulillah. Everthing is over. Eh, not everything. Just half of it. =,=' After cuti punya stress lain punya cerita. Agaga.

Frankly speaking, aku tak suka gosip. Seriously. Nak nak pulak dengan someone yang aku tak pernah ada feelings for. Lebih lebih lagi depan crush. Aku rasa sangat tak best bila orang gosipkan aku dengan orang lain depan my crush. Bukan apa. Mesti percentage untuk aku nak tarik perhatian dia akan berkurang. Eh, gila ! Apesal aku tulis macam ni? Oh whatever ! Just write whatever I feel. Hemss.

Aku nak pegi Sabah. Certain of my classmate pegi Sabah for this semester break (June) including YOU. Haha. Tapi diaorang sempat dapat best price tiket. Time aku nak book pulak harga naik mendadak. Gila. Takkan aku nak beli jugak kalau harga naik hampir 50 percent. Kalau ikutkan mak aku, dia macam kesian kat aku. Tapi aku percaya, rezeki ada di mana mana. Mungkin bukan rezeki aku nak ke sana. Ke tempat lain maybe? Tak seronok la kalau aku pergi harga tiket dah tak macam budget trip. Tak terasa macam backpakers. Nak nak pulak guna duit parent. Not soooo independent. At all. Oh well, maybe next time. Ke USS katanya? Ehems.

Tapi aku sangat terharu gila bila ramai yang kesian kat aku. Baiknya diaorangg. Aku cerita kat seorang je tapi esoknya macam semua orang pulak tau. Semua sibuk dok pakat kesian kat aku. Its ok dude ! Lain kali kita bercuti lagi. Mungkin silap aku jugak sebab nak join tapi lambat bagi tahu. Orang lain dah book tiket baru terhegeh hegeh nak mintak permission mak. Haha. Padan muka. Tapi tak sangka jugak mak aku boleh senang senang je bagi aku pegi. Insya Allah. Trustworthy will never be break. Try my best to be a very good daughter. A very good one. :D

This past few month. I'm feel so bless. I got everything I need. Alhamdulillah. Sesukar mana pun kita menghadapi masalah, percaya pada-Nya. Dia sentiasa ada untuk kita. Jagalah hubungan kita dengan-Nya. Yang wajib jagalah dengan sempurna. Nak rezeki lebih, effort kena lebih. Dhuha jangan lupa. Insya Allah. :D

For you, aku rasa macam kau dah tahu. If else, kalau tak tahu pun tak apa. Lagi bagus. Kalau tahu, bila nak mulakan langkah pertama? Haha. =P

Friday 23 March 2012

Mingguan.

Helloooo. Long time NO SEE. Hihi. Hari ni hari jumaat. Kelas ade petang jeeee. Then so-called-rilek every Fridehh morningg. Yeayyy ! *ada peluang solat dhuha* =) Tapi kelas petang tu lab kot? Everyweek lab dia susah susah. Hiew hiew. Tak belajar memang susah lah kak oiiii ! =P Lagi dua minggu cuti mid sem. Rasa macam sekejap gila kot? Rasanya hari tu baru je masuk sem dua. Oink oink. Now dah mostly half of the sem. Goshh ! Time fly soooooo fasttt. Yeahhh ! Cepat lah sikit aku habis belajar ni. Tension waaaa. Awww awww ! Haha.

In coming week is a stress week. I guess so. Two lab test, two test. Total 4 test in conclusion. So, agak stresss aaaaa. I mean, bukan agak. Memang stress tahap kepala nak berpusing 365 darjah laaa. Haha. Aku rasa bulan ni duit aku keluar macam air hujan lebat berserta guruh berdentam dentum pung pang pung panggg aaa kot. Haiyaaaa. Bukan aku melantak mane pun. Beriya beli barang bukan main. Last last pening pikir mana nak cekau duit. Ouchh. Tapi kita kena yakin, Dia di atas sana pasti membantu Insya Allah =)

Rasa macam best pulak hidup aku dalam a few weeks ni. Entahla. Tak tau kenapa. Mungkin aku dah recover sikit sikit kot lepas kehilangan Anis. Nevermind, distance is not the reason to lost our friendship. So Yeahh ! Remember, we still have twitter facebook and so on. Hihi.

This month aku dah dengar, kawan satu batch aku tunang, kawin. Whoahh. Tahniah tahniahh. Feel bless upon youuuu. Congrat Engaged for both Asilah and Liyana K and special Congrats for the wedding to Nurul Atiqah Baharuddin. Aww ! Next next pulak turn aku. *opss!* Haha. Tak sangka. Serius tak sangka. Tapi is good. Mean very good. Congratss =D

Aku rasa segan bila classmate aku follow twitter aku. Maksud aku, classmate time degree which is classmate sekarang. Sebab nya I talk many silly things. I hope you don't mind. Hihi. Kadang kadang terasa segan, contohnya pasal H dan A. Kannn dah maluuu. Aduhhh ! Kalau H dan A yang sebenar tahu, lagi lah malu aku. Arghhh ! Ok enough mengarut benda pelik pelik.

Qoute of the day :
  
"Sungguh, al-Quran itu terapi paling indah bagi hati. Tempat tersimpannya ketenangan.." 
by Farah Lee 

Aku rasa ape aku tulis hari ni macam tak de motif. Motif ? Perlu ke? Lantak kau lah. Haha.

Saturday 10 March 2012

A Survivor Loner !

Aww ! Just once je pun ! Over kau nyahh ! Haha. =P But, its a good start actually =D Aku terasa macam nak jadi loner seketika. Do everything alone. Yeah ! Kenapa? Just nak practise in case the time come. Well well. Macam tak percaya je aku mampu pergi McD sorang sorang. Quite weird bila aku makan sorang sorang. Tengok kiri kanan. Most of them have their patner(s) and me? ALONE !

Nothing wrong. Just feels like it bless for a while. Kadang kadang rasa macam sunyi gila. Like seriously ! Nasib baik ada boyfriend (my bike, in case you don't know). Dia lah jadi peneman setia aku ke mana mana. Bersyukur lah ada dia kan. Daripada aku duduk memerap kat bilik sorang sorang. Tapi aku belum berani lagi bawak jauh. When the time is come, Insya Allah =D

Bukan tak perlu sahabat. Tapi sangat sukar mencari sahabat sekepala. Seriously. Lebih lebih lagi yang dah ada boyfie. Memang susah la nak kacau weekend dia. Tadi pun aku terserempak dengan kawan aku dengan bf dia. Tak tegur pun? See? Bukan bestfriend namanya tu. If bestfriend, dia takkan segan nak tegur aku. Lagipun bukan aku tak kenal mereka berdua. lebih dari kenal kot. Kang aku tegur, boyfie dia cakap apa pulak. I think, you're not the chosen one for me to put your name in my 'bestfriends list'. Sorry to say !

Manusia memang akan berubah ke kalau dia dah ada someone? Untunglah kau ada someone. Aku tak jeles pun. Jauh sekali cemburu. Serious. Tak kisah lah. Its your own life ! Aku pun ada ramai kawan ada boyfie kot? Tapi takde lah sampai tak bertegur sapa bila dekat luar. Please be nice to people and they will do the same. Thank you.

Being alone and independent is the best being ever. Sometimes.

Terasa macam nak pegi bookstore lah. Nak baca buku free. Kat mana yang terdekat ek? Ermm.

Sunday 4 March 2012

Semester Dua

A big Helloooo =D *sambil lambai lambai* Haha. Dah lebih dua minggu masuk Sem 2, baru aku terbukak hati nak cerita apa yang jadi kan? Haha. So Bad ! Tapi nak cerita apa? So Boring ! Hikhik. Di awal semester aku dikejutkan dengan berita Anis keluar, I guess semua dah tahu. Next, subjek sem kali ini sangat tough kot? Terkencit lah aku weiii. Adeh. :O

Ade programming. Ramai yang kate susah. Agak la. First class aku dah ponteng. Ape cerrr? Haha. Currently, my life is at the middle level of happy. Nak kata happy sangat pun tak, nak kata tak happy pun tak. =D Tapi bersyukurlah, at least dapat lagi rasa nikmat dunia. Aminnn. Semoga kehidupan seperti ini sentiasa berpanjangan. =D

Assignment? Itu perkara biasa. Sampai aku kena 2-3 pikir lah jugak nak balik hujung minggu meeting group punya pasal. Dah la kelas pack gila, dia suruh lagi buat meeting kat luar. Memang sendatlah masa lapang aku. Alahai. Tapi aku suka dengan nasihat kawan aku seorang ni. Nak baca? Here we go :

                    Yes, sometimes studying can be such a pain the ass. With loads of assignments, reports,
presentations etc. Studying makes u feel down and give up thinking how can u ever survive
the journey. But remember, education is really important for our future, esp in this generation.
Don't give up in getting proper education. Don't let education goes just bcs u think u can't do
it or u are lazy. Trust me, it'd be the worst regret ever. This is what I've been reminding myself 
on.       -Filzah Karim




Yup, its motivate me either. Hehe. =D

Tuesday 28 February 2012

Rindu kau.

Aku rindu kau. Seriously. I wish you to be here. But I know its IMPOSSIBLE. Aku sunyi. Ini suatu kebenaran. Bukan penipuan. Aku sedih sekarang. Ade banyak bende aku nak cerite kat kau. Serius, sangat banyak. Aku cuba carik ruang untuk bercerite dengan Liya dan Linda. Tapi aku tak nampak kat mane peluang itu.

Tak macam aku dengan kau. Kita selalu ade mase berdua. Diorang masih care pasal aku tapi susah nak carik masa tu. Selalu ade aje orang lain. Aku sunyi wei. Sangat. Aku try nak jadi kuat. Pretend to be cool all the time. But I can't. Motor tu macam takde makne. Yelah, aku janji nak lumba dengan kau. Haha.

Aku tak tau nak cakap ape dah. I miss you. The end. ='(

Sunday 19 February 2012

You are one in a million.

#BukanSenang aku nak melepaskan kau pergi. Sangat perit okay? Tapi aku redha. Aku tahu itu adalah cita cita kau. Cinta kau. Doa kau. Yup. Aku redha. I'm let you go doesn't mean I'm happy just I want you to be happy. =') Aku sedar suatu masa nanti aku perlu lepaskan juga engkau tapi aku tak sangka secepat ini. Serius, sungguh tak sangka.

Habis semua impian nak bawak motor sama sama terkubur begitu sahaja. Takpa lah. Itu namanya tiada rezeki. Sahabat datang dan pergi bersilih ganti namun ianya takkan terhenti. Itu suatu yang pasti. Dari sekolah rendah, menengah, matrik dan currently degree. I never forgot you. Its a promise.

Mungkin kenal kau cuma seketika. Tapi aku tahu, kau sahabat yang baik. Semoga kau berjaya di sana. Doa aku semoga engkau sentiasa tabah, sentiasa berusaha, jangan cepat putus asa. Mungkin dah tak boleh selalu jumpa aku secara real, lepak bilik aku, ajak aku date, tapi rileks lah. Skype kan ada? Twitter pun ada. Hihi.

Aku sedih tapi aku juga gembira. Jangan risau, rahsia remain secret. Dekat sana cepat cepat cari kawan baru tapi jangan lupa aku. Nanti aku bunuh kau. Haha. Jangan risau aku di sini. Liya kan ada? Hihi. Nice to know you. Apa apa hal kau tahu nak cari aku kat mana. Lagi satu. Jangan lupa carik boyfriend kat sana. Aku tak nak kau jadi anak gadis sunti sampai ke tua nanti. Hihi. Akhir kata, semoga kau berbahagia di sana =D

Nur Anis Rahila Alias
Cepat pergi sana. UiTM Shah Alam di hati kau. Eh? Haha.

Sincerely,
Sahabat matrik dan UTeM =')

Wednesday 15 February 2012

Praise to Allah =)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Terima kasih semuaaaa. Nak salam peluk cium semua lah yang telah berkerja keras membantu aku. Eh, yang bukan muhrim senyum je la heh? Ghaha. =P Result dah keluar. Penantian itu memang satu penyiksaan. Tapi berbaloi baloi. hihi.

Seriously, semua impikan yang the best untuk first sem ni sebab boleh cover untuk sem sem akang datang. Sem sem akhir nanti susah katanya. Insya Allah ! Doakan yang terbaik untuk aku. Eh, untuk semua lah. Haha. Ramai yang membantu aku sebenarnya. Especially senior senior dalam kelas aku. Kenapa aku panggil diorg senior? Sebab diorang lepasan dip, means tua dari aku lah kan? hihi.

Team study group pun banyak bantu aku time saat saat akhir. Terima Kasih. Terima Kasih. Jasamu dikenang. =D Besok nak pergi PIBG sekolah adik lah. Bye bye ! Alhamdulillah =D

Lepak sini.

Hello. Lama rasanya tak lepak lepak sini. Bukannya busy pun. Jauh sekali tak ada masa. Cuma tak ada benda nak cerita. Mohon mengerti ya semua? hihi. Kebelakangan ni aku asyik bertwit twit je memanjang. Best pulak aku rasa. Siapa yang tak ada twitter? Buat lah satu, boleh follow aku. Haha. =P

Tak tahu nak melalut apa kat sini. Eh korang baca je lah heh apa aku tulis ni? Yeah ! Good one ! hehe. Ahad ni which is 19 Februari 2012 aku dah nak balik hostel. Besoknya dah start kelas utuk sem 2. Cepat gila kan? Macam baru je semalam aku start cuti. Eh? Yelah tu. Time awal awal cuti boring pulak. Ermm..tulah manusia. Ada je yang tak kena, tak puas hati. :O

Bila aku dah masuk nanti, still aku takkan lupa kan semua ni. Macam masa aku nak masuk sem 1 dulu? Tapi mungkin tak serancak waktu cuti. Alah, korang pun faham kan? hiew hiew =D Bukan nak tunjuk busy, memang busy pun. Haha. Well well well, aku masih menunggu result sem 1 ni keluar. Haish. Payah betul dia nak keluar. Macam nak bagi duit pulak. Padahal bagi result je pun. =,='

Sem Dua ni Insya Allah aku kan lebih bersemangat dari sem Satu. Doakan lah ye? Haha. Niat tu penting ! Buat tu belakang kira lah. Haha. Dulu, aku selalu tak percaya kawan kawan dekat internet ni. Especially facebook. Semua benda aku nak private. Ya, semua. YM, lagi lah. Kawan kawan aku yang aku pernah jumpa kat luar je friendlist aku. Tapi selepas aku berkenalan dekat Formspring, aku rasa macam widen community pulak aku join. Jawab jawab soalan, lepas tu add fb, twitter, ym. See? Macam mudah pulak kan?

Seriously, kadang kadang berborak dengan orang luar best jugak sebab kita macam dapat gain satu experience yang tak boleh kita dapat dengan tipikal kawan kawan kita dekat luar. Tapi still aku tahu bahaya. So, berwaspada lah. Ngee. Macam merepek pulak ape aku tulis ni? Dah lah. Bye !

Saturday 11 February 2012

Bulan Ini Pagi Ini

Hello Melloooo ! Sebenarnya aku tak tau nak tulis tajuk apa, jadi malas nak pikir panjang panjang aku amik je tajuk ini hihi =D Almost one month dah aku tak berblogging. Bukan apa, malas je..weehihi Maap maap ye =) Cuti aku pun tinggal lagi sembilan hari je lagi..Aduhh ! Lemau lah aku nak masuk kelas balik niii

Bulan lepas, on 20 Jan 2012 was my birthdayyyy ! Okay, aku memang nak post pasal birthday tu tapi tak sempat plus aku kurang rajin pulak hari tu..Ouchhh ! Ni aku nak recall sikit lah..kot lah kalau aku ingat balik kannn ! Wahahahaha.. =P This year best ! I told you ! Banyak hadiah aku dapat..weehaaaa ! Tapi paling best ialah Motor akuuuu..yeahhh ! Tak sabar naik sem ni aku nak bawak motor ! Berkobar kobar mak nakkk !

Perancangan nak beli motor ni dah lama cuma aku nak tunggu ada lesen dulu baru aku nak 'paksa' bapak aku beli. HAHAHA ! Seumur hidup aku lah kann, memang aku tak pernah pun bawa motor. Serius. Jadi bile aku amik keputusan nak bawa motor ni sangatlah mengejutkan banyak pihak..wahaha First time dalam hidup aku bawak motor pada 20.1.2012..see? tak sampai sebulan pun lagi aku bawak ni..wahaha

Sem Dua Sem Dua Sem Dua..akan start pada 20.2.2012..Whoahhh ! Suka betul aku dgn num 20 niii.. =) Secara am nya, aku belum pun bersedia tapi nak buat macam mana..aku ni, kalau tak dipaksa memang tak jalanlan kann..LOL Sem ni orang kata subjek paling susah ialah programming..At least kalau dapat C+ tu kire okay lah..lulus pun jadik..Tapi kalau kite boleh try hard untuk dapat A, why not kan? Insya-Allah =)

Sem Dua ni apa yang paling aku tak sabar sekali ialah aktiviti ber-futsal bersama rakan rakan..Whoahhh ! tak sabar tak sabar. Dah lama betul aku tak panaskan badan ni. Ketat dah semua otot otot aku..wahaha


MyTeam =D

Bersempena dengan 11.2.2012 ni birthday adik aku, jadi sebagai kakak yang mithali, aku nak wish lah kat adik aku yang keras kepala ni..wahaha

SELAMAT HARI LAHIR BUDAK GEDIKKK !
Hari jadi kau kena sambut dekat sekolah HAHAHA !
Tahun ni nak UPSR, buat elok elok yea =)

see the pretty face behind there ? Yeahh ! That's me. Thank You =P

Wednesday 11 January 2012

The End =)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah =) Dah tamat Semester 1 aku ! Banyak kenangan, kepahitan, kesulitan , kekecewaan, ke ke keeee lahhh..yang berlaku kat Sem Satu ni..hihi Anyway, itu semua memang asam garam sebagai manusia yang harus ditempuhi lah kan.. *ayat terabur habis* =P

see the craziness? okay, its not me =P

Semester Dua masuk bulan dua, eleh, bukan lama sangat pun sebulan tu..pejam celik pejam celik dah bulan dua..haihh ! Silap hari bulan, brg yang aku pack bawak balik tu pun tak berusik and bawa balik semula ke hostel, kuikui =D

So far Alhamdulillah, cabaran yang aku tempuhi masih belum ke tahap maksimum..Dia tahu apa yang terbaik buat aku =) Thanks Allah ! Cumanya aku kurang sedikit teruja bila aku dapat merasakan kawan baik aku akan tukar course..haihh ! Tak suka lah macam niiiii.. =( Tapi aku redha jika itu kemahuan dia ! Aku memang suka berkawan tapi susah bersahabat..you got what i mean actually =D

kampung morten =)

Alhamdulillah tamat semester satu tapi misi aku masih belum tercapai, ehemmm ~ HAHA ! Maybe i'm the last person leave this house..nevermind =P

Sunday 8 January 2012

DuaRibuDuaBelas =)

Hello, masih belum terlambat rasanya nak mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kan?? weeee..sungguhlah sibuk sampai tak sempat nak update blog pasal tahun baru ni..yeeehaaa ! Dapat juga aku update di pagi yang indah ni..wahhh =D

Selamat Tahun Baru 2012
Housemate never end. =)

Well well well, tahun baru kali ini sungguh special ! Berada di medan perang pada minggu pertama tahun baru..Special gila kan?? wahaha..=P Anyway, exam berjalan dengan lancar, Alhamdulillah ! Eh, maksudnya bukan aku confident dapat jawab dengan betul heh? Maksudnya, takde lah aku ade emergency case ke hape ke time exam contohnya, sakit perut, sakit perempuan, sakit mental tapi sakit hati adalah..wahaha =D

muka excited habis nak sambut tahun baru..weeeee =P

Two more paper to gooooo..yeahhh ! A go go go =P Tinggal paper electric dengan fst..perghhh ! electric tu yang killer paper tuh..doakan saya berjaya yaaa?? hihi.. =) and the end of semester satu, Alhamdulillah =)

First time dalam hidup aku sambut tahun baru tengok firework dekat luar..selalunya aku tengok dalam tv je kat rumah atau lagi banyak menghabiskan masa dengan tidur..tak ada apa pun yang special sebab aku hari hari yang bakal aku lalui masih sama je punn lainlah kalau aku berubah jadi orang gergasi ke kann? *eh, ape aku merepek ni? aduhh ! *


the most favourite photo of the day =)
hope our friendship remains forever =)


Btw nak bagitau ni, tahun ni aku dah pun menginjak ke usia 20 tahun, no more number 1 in front of my age..hurgwaaaaa sedih jugakk ! I lost my teen ageeee..weeeehaaaaaa ! *aku sedih ni sebenarnya* wahaha~
Mak aku kata, aku kena belajar masak, benda ni dah beberapa tahun yang lalu dah aku dengar tapi aku tak jugak pandai pandai..HAHA ! nasiblah~

This month, instead of having my birthday =), its also the end of semester one..sekejap gila kan?? Doakan aku dapat better and better result of every next sem, Insya-Allah =) I'll having a month of semester break so what to do?? Lets discover later ! tapi yang penting, aku nak lepak rumah selalu lah..malas nak keluar sangat memandangkan time belajar aku selalu sangat keluar, pergi sana pergi sini, join sana join sini..keluar selalu pun tak elok juga kan??? wahaha..perhhh!

okay, its me now !
TwoThousandTwelve =)
Welcome to twenties =D

Dua Ribu Sebelas menyaksikan hidup aku yang ke sembilan belas tahun agak tidak sibuk mana sebab cuti antara tamat matrik hingga nak masuk ke degree sangat lah panjangggg..sampai aku tak tau nak buat apa ! Bila dah masuk study, rasa macam tak puas pula dulu rumah..haihh ! manusia memang macam tu =,='

p/s: yeahhh ! nismilan monangggggg ! dengan ini saya merasmikan saya penyokong nismilannn..wahaha