Wednesday 14 November 2012

Istanbul Aku Datang

Best! Rating 4/5. Kenapa tak full? Semua filem mestilah ada cacat celanya. C'mon. Pujian dan kritikan perlu untuk penambahan baikan filem yang akan datang. Sempat lah jugak catch this movie sebab memang nak sangat tengok plus dah janji dengan azni. Tajuknya sangat cathy dan jalan cerita yang ringan. Tak terlalu padat dengan aksi sedih mahupun gembira. Okay okay lah. Sedang sedang orang kata.

Nak sangat tengok sebab trailer dia Lisa Surihani sangat comellness okayy. Cuma pakaian dia agak pelik sikit. Mungkin sebab nak 'match' dengan character dia kot. Beto pun okay. Tomok pun okay. Bestnya Istanbul! Nampak sangat cantik tempat dia. Dalam cerita macam sejuk ja. Doakan aku dapat pergi sana suatu hari nanti? Honeymoon mungkin? Aminnn Haha.

Oh ya. Berita gembira ada. Sedih pun ada. Azni dapat 4 flat untuk sem 5 dia. Tahniahhh! Sebagai kawan, aku sangat happy untuk dia. ;) Berita tak best, dia mungkin akan sambung degree dekat oversea bulan Jun nanti. Planning vacation kiteorang bulan Julai. Ermm, mungkin takda rezeki nak pergi vacation tu. Hurmm

Ahad lepas pergi wedding kakak man. Dah macam reunion kawan kawan lama. Lamanya tak jumpa diorang. Setahun lebih ada rasanya. Comel comel dan kacak kacak masing-masing. Sangat awkward man perkenalkan girlfie dia. Haha. Mungkin sebab kami semua jarang kenal mengenalkan. Rumah dia sangat jauh. Coverage pun takda. Nak contact mak pun susah. Biasalah anak emak. Kihkih.

Nasib baik Faiz sudah kacak membawa kereta. Kalau tak, aku paksa dia tukar driver. hahah!