Sunday 4 November 2012

Selfish

Aku faham semua nak kejar markah baik, bagus, tertinggi, terbaik lah kononnya. Tapi selfish sifat yang sangat dikeji. Sangat keji okay? Aku sungguh terasa dengan engkau. Sungguh terasa. Mungkin ya aku tidak membawa apa-apa makna pada kau. Tapi akan aku buktikan pada engkau bahawasanya gadis yang tiada apa apa ini mampu mendapat markah yang baik. Mungkin tak setanding engkau tapi boleh dibanggakan. Insya Allah. Kalian, doakan aku ye?

Kadang kadang aku terasa dengan sikap kau yang suka membeza bezakan. Ya, aku sedar aku tak sehebat student student lain. Mereka lebih cemerlang dan konsisten. Aku? Berada ditakuk lama. Tak apa. Kejadian ini menyedarkan aku. Sangat menyedarkan aku. Aku perlu belajar lebih berdikari. Insya Allah. Alhamdulillah, percubaan pertama aku dulu tu berjaya. Sungguhnya aku bersyukur. Benarlah kata kata bahawa 'Allah menguji hambaNya kerna dia tahu akan kebolehan hambaNya' Insya Allah. Kali ini aku pasti boleh buat juga. Aminnn ;')

Risau benar aku dengan minggu ini. Ada test bertulis, lab test, kerja proposal dan kerja-kerja drawing. Sungguh mencabar betul minggu. Sungguh aku berharap agar minggu ini dapat berakhir dengan jayanya. Insya Allah. Amiinn. Risau juga dengan baby boy aku. Tak pe lah next week aku bawa boyfriend lah pulak. Patutlah semalam mimpikan boyfriend, rupanya nak berkhidmat dengan aku lah tu. Tahu lah rinduuu. Haha ;P Oh btw, baby boy tu kereta pinjaman sementara Ayahanda tercinta. Hihihi ;)

*Maaf tiada mukadimah di awal bicara*