Thursday 1 November 2012

Memberontak

Rasa geram. Rasa nak marah. Rasa terasa. Rasa lucu pun ada juga. Salah sendiri. Tak apalah, dah faham sangat perangai mereka.Tapi sakit hati kecil tetap ada. Bergurau, bertegur, berpada padalah. Orang pun ada maruah juga. Tidak lupa hati dan perasaan. Tegur boleh. Tapi ada caranya. Mohon mengerti. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Jadi nak ikut mana? Perempuan selalu ikut hati. Haha

Kadang-kadang aku rasa mereka ini tidak adil.

"Ini tidak adil tidak adil tidak adil bagiku." -by yuna btke *haha*

Bukan apa. Kadang-kadang terasa juga. Orang lain buat tak kena. Aku buat selalu je kena. Awek kau pun sama. Tidak seperti yang kau suruh pun. Kenapa tak berani tegur dia? Atau dah tegur tapi tak dilayan? Sorry lah. Aku memang jenis tak makan saman sikit. Sarang tebuan jangan dijolok. Pernah aku ganggu kau? Sikit pun aku tak terasa nak tegur kau. Sikit pun. Remember my words, sikit pun. Jadi, sila jangan ganggu aku. Jaga awek kau je boleh?

Bukan berlagak sombong tapi buat biasa saja boleh? Tak perlu tegur aku do's and don'ts. Aku tak suka. Serius. Jangan menyampah bertukar menjadi benci. Faham? Kalau kau nak buat begitu, bukan aku orangnya. Ya, aku memang keras kepala sikit tapi bila aku jumpa seseorang yang benar-benar buat aku berubah ke arah yang lebih baik, Insya Allah. Tapi bukan dari kau. Cara kau sangat kasar. Kasar sangat. Aku tak mampu nak terima. Maaf. Cuba cara lebih halus sikit boleh? Atau tak payah buat apa-apa lah. Aman sikit dunia aku. Hehs.

Aku dah lali dah dengan perangai kau. Dulu awal-awal aku terasa. Sangat terasa. Sekarang, tak jadi kudis pun kat aku. Aku tengok contoh awek kau je. Nak ubah aku, ubah awek kau dulu. Eh silap, mungkin bakal isteri kau? Hikhik *gelak jahat*. Sorryy. Doakan aku dapat jodoh baik baik yea? haha

Terasa macam nak sangat tengok Skyfall. Nak ajak siapa? Herms ;)