Wednesday 28 November 2012

Impian dan Harapan

Harapan aku agar esok boleh jawab test digital electronic dengan jayanya setelah aku rasakan semua subjek sem ini aku tak dapat perform dengan baik. Ermm. Terasa sangat loser betul lah sem ni. Walaupun belum final lagi tapi aku dah rasa sangat tak confident betul sem ini. Ya Allah. :(

Harapan aku agar aku boleh balik hujung minggu ni. Dah lama betul rasanya tak dapat jumpa family. Rindu sangat kat diorang. Weekend di hostel sangat tak best. Like seriously. Huhh!

Harapan aku agar aku ade seorang best friend dekat melaka ni. Seorang pun jadi lah. Pleaseeee! Aku ramai kawan di sini tapi tidak sahabat. Sahabat aku nun jauh disanaa. Aku sungguh rindu kau Azni dan Anis. Rindu sesangat. Aku impikan seorang sahabat yang sentiasa bersama aku di sini. Susah senang bersama. Jatuh bangun bersama. Hangout, lepak, dating bersama. Hurmm.

Harapan aku agar ada seorang Adam yang mampu membimbing aku ke syurga dengan baik. Aminn. Kalau boleh, the first one is the last one. Got it? Impian aku kalau boleh taknak sekelas, setempat belajar. Biarlah rarely jumpa. Tak pa. Stay jauh pun tak apa. Tak banyak dosa pun kan? Tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana. Bersyukur je okay? Hurms. Tambah lagi satu request boleh? Nak orang utara boleh? Wakaka.

Harapan aku agar aku dapat travel ke luar negara dengan kawan kawan menggunakan duit sendiri. Aminn. Syok betul tengok orang pegi travel sana sini ni kan. Paling dekat, USS pun jadi lah. Ermm. Doakan aku ye? hehe.

Harapan aku agar Malaysia menang malam ni menentang Laos. Boleh? Inn Shaa Allah. Doakan yang terbaiklah yek? Aku maybe tak dapat tengok sebab busy nak all out malam ni study untuk test esok. Semoga senang dapat masuk lah ilmu ilmu tu ke dalam otak aku ni yang selalu je hang. Aduhh.

Harapan aku agar tak jatuh cinta dengan kau. Pleasee!

Saturday 17 November 2012

Demam dan Kerja

Dengan hanya ber'toner'kan bio essence di wajah berserta secalit lip ice methaleyteum dibibir, dengan pantasnya aku mencapai kunci kereta dan meluncur laju kedai Mak Cik Jue di Bt .6 untuk membeli hidangan tengah hari pada pukul 10 pagi. Heheh. Makan tengah hari dijamakkan sekali dengan sarapan pagi. Sungguh lapar wehh. Mukadimah terhenti disini. Ngeh ngeh ngeh.

Dah dua hari aku tak sedap badan. Demam lah kot. Mungkin cuaca yang tak menentu penyebabnya. Sering terdedah kepada hujan. Bukan aku yang main hujan tapi kadang kadang tu terpaksa meredah hujan hujan ini semua. Hems. Rasa macam nak bawa boyfriend balik tapi kalau kesihatan tak mengizinkan, terpaksa bawa baby boy pulak yang balik. Gedik much? Hahah!

Hari ini second last cuti mid sem aku. Baru nak start buat kerja, study..semua nak setelkan hari ini. Memang tak laratlah aku. Nasib lah, mane yang sempat je aku buat tapi I know study sangat penting sebab test aku malam isnin. Nak tak nak kena dulukan study eventho autocad dan programming nak hari selasa. Ermm.

Teringin nak makan bubur McD tapi sana sini cakap pasal #PrayForGaza buatkan niat aku terhenti. Sebab badan rasa lemahkan. Yeahh I know we shouldn't support them tapi apakan daya fast food dan diri ini sudah hampir sebati. Insya Allah, selagi aku boleh tahan, aku bertahan. ;')

Esok sudah kembali semula ke dunia realiti. Sayangnya nak tinggalkan cuti. Rasa macam sekejap sangat cuti ni. Hermms..


Wednesday 14 November 2012

Istanbul Aku Datang

Best! Rating 4/5. Kenapa tak full? Semua filem mestilah ada cacat celanya. C'mon. Pujian dan kritikan perlu untuk penambahan baikan filem yang akan datang. Sempat lah jugak catch this movie sebab memang nak sangat tengok plus dah janji dengan azni. Tajuknya sangat cathy dan jalan cerita yang ringan. Tak terlalu padat dengan aksi sedih mahupun gembira. Okay okay lah. Sedang sedang orang kata.

Nak sangat tengok sebab trailer dia Lisa Surihani sangat comellness okayy. Cuma pakaian dia agak pelik sikit. Mungkin sebab nak 'match' dengan character dia kot. Beto pun okay. Tomok pun okay. Bestnya Istanbul! Nampak sangat cantik tempat dia. Dalam cerita macam sejuk ja. Doakan aku dapat pergi sana suatu hari nanti? Honeymoon mungkin? Aminnn Haha.

Oh ya. Berita gembira ada. Sedih pun ada. Azni dapat 4 flat untuk sem 5 dia. Tahniahhh! Sebagai kawan, aku sangat happy untuk dia. ;) Berita tak best, dia mungkin akan sambung degree dekat oversea bulan Jun nanti. Planning vacation kiteorang bulan Julai. Ermm, mungkin takda rezeki nak pergi vacation tu. Hurmm

Ahad lepas pergi wedding kakak man. Dah macam reunion kawan kawan lama. Lamanya tak jumpa diorang. Setahun lebih ada rasanya. Comel comel dan kacak kacak masing-masing. Sangat awkward man perkenalkan girlfie dia. Haha. Mungkin sebab kami semua jarang kenal mengenalkan. Rumah dia sangat jauh. Coverage pun takda. Nak contact mak pun susah. Biasalah anak emak. Kihkih.

Nasib baik Faiz sudah kacak membawa kereta. Kalau tak, aku paksa dia tukar driver. hahah!

Cuti

Cuti cuma seminggu. Cuma. Eyy, kenapa sekejap sangat? Pejam celik pejam celik sudah habis cutinya. Assignment pun tak sempat siap. Mohon tambah lagi cuti agar assignment sempat siap, boleh? Hihi. Student oh student. Bila ada cuti 3 bulan terasa bosan. Rasa macam nam sambung study cepat. Bila diberi peluang study, asyik nak cuti saja. Begitulah lumrahnya. Mana boleh salahkan sapa sapa. Dah memang begitu jadinya. Tepuk dada tanya jiwa. Hehe

Kalau di tanya sama hati, merintih memohon keriangan. Namun apakan daya, takdir tidak membenarkan. Sabarlah wahai hati. Suatu masa nanti, kebahagian, keriangan, keseronokan pasti milik kau. Mohon lebih bersabar. Dan engkau, berhenti memberi harapan. Tidak hati meminta. Tidak pula menolak. Mohon pada kau, jaga hati elok-elok sebelum aku bakar hati kau. Jangan ingat mudah sangat mempermainkan hati suci kepunyaan tuan blog ini.

Sesungguhnya hati ini mudah cair biarpun sudah dibekukan bertahun tahun di peti ais tingkat paling atas. Mengapalah mudah sangat cair ini? Mungkin kandungannya kurang mampat. Oh mungkin perlu dicampur batu agar sentiasa keras selamanya. Eh, tak boleh pula begitu. Okay, merepek sudah jauh. hehe

Homeworks banyak. Tapi tidaklah melampau. Mungkin kerna tidak tahu buat berseorangan kelihatan seperti melampau banyaknya. Paling utama, semua perlu dihantar pada 20hb Nov. Masalahnya 19hb Nov ada test malam tu. Risau ini, risau. Haishh. Boleh list homework kat sini? Agar boleh jadi rujukan bila lupa. Hihi

                                  #1 Programming coding table - 20hb
                                  #2 Programming grouping research - week 15
                                  #3 Project Proposal - 20hb
                                  #4 English chapter 4&5 - one week after cuti
                                  #5 Study for electronic test - malam 19hb

Nampak macam tak banyak tapi satu homeworks agak sukar nak buatnya. Oh ya. Do for me? Can ah? hehe. Rasanya macam yang nombor 4 dan 5 je yang aku akan buat cuti ni. Wakaka.

Duit sudah kopak gara-gara convo's present kakak. Harap harap suka lah hendaknya. Pilihan sendiri kan? Pecah kaca pecah gelas. Convo aku nanti jangan lupa balas. hahahah!

p/s: Seronoknya tengok Hairul pergi Jepun. Poskad aku jangan lupa janggg! hehe

Wednesday 7 November 2012

Ekspresi Kehidupan

Dalam hidup ini ada turun naiknya. Kadang di atas. Kadang di bawah. Kadang bergembira. Kadang berduka. Kadang ceria. Kadang bermuram durja. Ok, I know you all know this. Just sometimes we didn't satisfied with our life. Sometimes. Kalau selalu sangat, rugi betul hidup kau. Heheh. Same with me. Kadang kadang rasa tak best jadi diri sendiri. That's why lah munculnya perasaan jealous. Tapi don't worry. Jealous itu baik sebenarnya. Sometimes its build more changes to ourselves. Good changes I mean, hehs.

Rasa risau. Rasa takut. Rasa gementar. Rasa suka. Rasa benci. Itu semua asam garam gula dalam perasaan. Just different the way you handle it. Yeahh, the way you handle it. Tipu lah kalau ada orang yang sangat baik dalam dunia ini. Letgo everything termasuk perasaan marah pun takda. Itu fake sangat namanya. One confession aku nak buat. I'm easily get jealous. Yeahh. Jadi jangan buat apa-apa yang boleh buat aku jealous depan aku okay? Belakang aku, lantak kau lah. hihi

Esok lab test pertama Electronic II. Doakan aku ;)

Sunday 4 November 2012

Selfish

Aku faham semua nak kejar markah baik, bagus, tertinggi, terbaik lah kononnya. Tapi selfish sifat yang sangat dikeji. Sangat keji okay? Aku sungguh terasa dengan engkau. Sungguh terasa. Mungkin ya aku tidak membawa apa-apa makna pada kau. Tapi akan aku buktikan pada engkau bahawasanya gadis yang tiada apa apa ini mampu mendapat markah yang baik. Mungkin tak setanding engkau tapi boleh dibanggakan. Insya Allah. Kalian, doakan aku ye?

Kadang kadang aku terasa dengan sikap kau yang suka membeza bezakan. Ya, aku sedar aku tak sehebat student student lain. Mereka lebih cemerlang dan konsisten. Aku? Berada ditakuk lama. Tak apa. Kejadian ini menyedarkan aku. Sangat menyedarkan aku. Aku perlu belajar lebih berdikari. Insya Allah. Alhamdulillah, percubaan pertama aku dulu tu berjaya. Sungguhnya aku bersyukur. Benarlah kata kata bahawa 'Allah menguji hambaNya kerna dia tahu akan kebolehan hambaNya' Insya Allah. Kali ini aku pasti boleh buat juga. Aminnn ;')

Risau benar aku dengan minggu ini. Ada test bertulis, lab test, kerja proposal dan kerja-kerja drawing. Sungguh mencabar betul minggu. Sungguh aku berharap agar minggu ini dapat berakhir dengan jayanya. Insya Allah. Amiinn. Risau juga dengan baby boy aku. Tak pe lah next week aku bawa boyfriend lah pulak. Patutlah semalam mimpikan boyfriend, rupanya nak berkhidmat dengan aku lah tu. Tahu lah rinduuu. Haha ;P Oh btw, baby boy tu kereta pinjaman sementara Ayahanda tercinta. Hihihi ;)

*Maaf tiada mukadimah di awal bicara*

Thursday 1 November 2012

Memberontak

Rasa geram. Rasa nak marah. Rasa terasa. Rasa lucu pun ada juga. Salah sendiri. Tak apalah, dah faham sangat perangai mereka.Tapi sakit hati kecil tetap ada. Bergurau, bertegur, berpada padalah. Orang pun ada maruah juga. Tidak lupa hati dan perasaan. Tegur boleh. Tapi ada caranya. Mohon mengerti. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Jadi nak ikut mana? Perempuan selalu ikut hati. Haha

Kadang-kadang aku rasa mereka ini tidak adil.

"Ini tidak adil tidak adil tidak adil bagiku." -by yuna btke *haha*

Bukan apa. Kadang-kadang terasa juga. Orang lain buat tak kena. Aku buat selalu je kena. Awek kau pun sama. Tidak seperti yang kau suruh pun. Kenapa tak berani tegur dia? Atau dah tegur tapi tak dilayan? Sorry lah. Aku memang jenis tak makan saman sikit. Sarang tebuan jangan dijolok. Pernah aku ganggu kau? Sikit pun aku tak terasa nak tegur kau. Sikit pun. Remember my words, sikit pun. Jadi, sila jangan ganggu aku. Jaga awek kau je boleh?

Bukan berlagak sombong tapi buat biasa saja boleh? Tak perlu tegur aku do's and don'ts. Aku tak suka. Serius. Jangan menyampah bertukar menjadi benci. Faham? Kalau kau nak buat begitu, bukan aku orangnya. Ya, aku memang keras kepala sikit tapi bila aku jumpa seseorang yang benar-benar buat aku berubah ke arah yang lebih baik, Insya Allah. Tapi bukan dari kau. Cara kau sangat kasar. Kasar sangat. Aku tak mampu nak terima. Maaf. Cuba cara lebih halus sikit boleh? Atau tak payah buat apa-apa lah. Aman sikit dunia aku. Hehs.

Aku dah lali dah dengan perangai kau. Dulu awal-awal aku terasa. Sangat terasa. Sekarang, tak jadi kudis pun kat aku. Aku tengok contoh awek kau je. Nak ubah aku, ubah awek kau dulu. Eh silap, mungkin bakal isteri kau? Hikhik *gelak jahat*. Sorryy. Doakan aku dapat jodoh baik baik yea? haha

Terasa macam nak sangat tengok Skyfall. Nak ajak siapa? Herms ;)